Isu pengganti PM sudah selesai, tak perlu bangkitkan - Farhash
  • 4 years ago
Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menolak tanggapan bahawa terdapat kempen dalam kalangan ahli PKR untuk menggesa presiden parti mereka segera menjadi perdana menteri.

Kata Farhash, beliau tidak faham mengapa Naib Presiden PKR Tian Chua membangkitkan isu peralihan kuasa di antara Anwar dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana menurutnya ia sudah selesai.