Arau cari pasal kata 'DAP penyokong Komunis'
  • 4 years ago
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim masih lagi mengungkit kekecohan yang terjadi semalam selepas ekoran ahli parlimen pasir salak Tajuddin Rahman yang secara gurauan bertanya abu Chin Peng di dahi kepada ahli parlimen jelutong RN Rayer.

Dia meminta RN Rayer meminta maaf dan menarik balik perkataan 'Barisan Nasional" namun Speaker Dewan Mohamad Ariff bin Md Yusof berkata perkara ini tidak perlu diungkit dan menambah isu dan seterusnya kekecohan sekali lagi.

Shahidan secara seloroh menyindir berkata 'DAP penyokong komunis', mengakibatkan beberapa ahli parlimen DAP bangkit tidak setuju dan bersuara.

Melihatkan situasi itu, speaker dewan terpaksa memberi amaran kepada Shahidan untuk tidak membuat kenyataan itu lagi atau akan dikenakan tindakan serius dan menutup mikrofon dewan.
Recommended