Suasana hiba iringi pemergian tentera ke Lubnan

  • 5 years ago
Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 telah berlepas ke Lubnan bagi menyertai misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL yang ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin semalam.

Majlis tersebut dihiasi dengan pelbagai situasi yang hiba dalam kalangan anggota dan juga ahli keluarga sebelum berpisah dalam tempoh yang agak panjang. Anggota yang terlibat tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum berlepas ke Lubnan.

Menurut Menteri Pertahanan Malaysia, ianya merupakan satu pengiktirafan kepada Malaysia berikutan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia di peringkat antarabangsa.

Penghantaran Kumpulan Pertama melibatkan seramai 216 orang yang diketuai oleh Komander MALBATT 850-7, Kol Khairul Anwar bin Soib bersama 50 Pegawai dan 165 anggota lain-lain pangkat termasuk 2 anggota dari ABDB. Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 bertempat di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.