Kg Baru : Kenapa beli RM850 psf, tidak dinilaikan harga semasa?
  • 5 years ago
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan membeli tanah di Kampung Baru pada harga nilai tanah semasa iaitu RM2,000 satu kaki persegi dan bukan RM850 satu kaki persegi ditawarkan sebelum ini. Setiausaha Agungnya, Amirhamzah Karim mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu membeli tanah di kampung itu pada harga jauh lebih rendah daripada harga semasa. Menurutnya, harga ditawarkan seharusnya berpatutan dengan nilai tanah semasa iaitu RM2,000 satu kaki persegi. "Kenapa nak beli RM850 (satu kaki persegi) sahaja, mengapa tidak nilaikan pada harga semasa?
"Kalau dengan harga murah sebegitu, kamu fikir konsep jangka panjang, penjagaan hartanah Melayu di KL (Kuala Lumpur) semua, dia tak seiring," katanya pada sidang media bersama ahli jawatankuasa DPMM di sini hari ini.
Recommended