NFCP utamakan infrastruktur digital berdasarkan rangkaian gentian optik

  • 5 years ago
NFCP mengutamakan penyediaan infrastruktur digital yang mampan berdasarkan rangkaian gentian optik tetapi ia juga akan menggunakan teknologi lain seperti komunikasi tanpa wayar dan satelit, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

"Penggunaan teknologi lain adalah untuk membolehkan lebih banyak orang mendapat akses perkhidmatan jalur lebar," katanya


Gobind berkata NFCP bermatlamat untuk menyediakan kesalinghubungan yang mampan, komprehensif, berkualiti tinggi dan terjangkau sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menggalakkan penglibatan ramai dan perniagaan dalam membangunkan ekonomi digital di Malaysia dalam menghadapi era Revolusi 4.0.

Beliau bercakap pada pelancaran NFCP dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.