Kami buat susulan dan telefon semua jemputan termasuk PH

  • 5 years ago
UMNO dan Pas menjemput 30 parti politik, termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk hadir ke Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) pada Jumaat dan Sabtu ini.

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada wakil parti komponen PH akan menghadiri program tersebut atau sebaliknya.

“Himpunan ini bersifat nasional. Kita mengundang semua parti politik dalam negara dan sebahagian besar telah memberi jawapan kehadiran. Ada yang jawab, tetapi kita tak berhasrat untuk memaklumkannya di sini.