Tidak ada keperluan pasukan pengurusan krisis
  • 5 years ago
Tidak ada keperluan untuk menubuhkan pasukan pengurusan krisis untuk memajukan ekonomi negara dalam menghadapi kemungkinan kelembapan ekonomi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Jika ada krisis, saya fikir kita akan memikirkannya.

"Tetapi buat masa sekarang kita ada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC, yang) yang mana Tan Sri Rafidah Aziz adalah ahli," katanya.

Lim membuat kenyataan itu ketika ditemui selepas menghadiri Forum Ekonomi Negara 2019 di sini pada hari Khamis.
Recommended