Bekas Peguam Negara bercakap tentang tulisan Jawi dan bahasa Cina

  • 5 tahun lalu
Mereka menolak itu pasal apa? ia pembelajaran khat ini adalah satu ilmu yang baharu bagi mereka yang tidak tahu menulis Jawi, patut menerima dengan tangan terbuka, ia ilmu baharu, tidak kira orang Melayu, orang Cina yang belajar Jawi, itu adalah satu ilmu buat mereka, kenapa mahu tolak, kalau pandai tulis dan baca jawi, ia boleh baca semua, lebih berpengetahuan.

Bagi yang Melayu pula, kalau tidak tahu baca Jawi, kenapa mahu bantah, pergilah belajar, lagipun Jawi ini adalah asas untuk kita membaca al-Quran, saya nampak tiada sebab perlu ada tentangan tentang pembelajaran khat, lagipun sudah ditetapkan, ia adalah subjek pilihan. Kalau mahu perkenalkan tulisan karektor Cina pun saya boleh terima, ia satu ilmu, kita boleh baca berita dari Cina yang tulis dalam mandarin, kita boleh faham, ia ilmu, nak belajar cina tiada masalah