Menteri tak sehaluan dengan Dr M perlu letak jawatan - PAS

  • 5 years ago
PAS menggesa mana-mana menteri kabinet yang tidak sependapat dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkaitan dasar negara agar segera meletakkan jawatan masing-masing.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memetik Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seseorang menteri kabinet dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

PAS menggesa mana-mana menteri kabinet yang tidak sehaluan dengan perdana menteri dalam perkara dasar negara perlu meletakkan jawatan kerana kesan tindakan itu akan menimbulkan suasana huru hara dan ketidakstabilan negara dan kesannya akan terbeban kepada seluruh rakyat jelata.

PAS juga menggesa Mahathir untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan perlantikan menteri kabinet yang sering bercanggah pendapat berkaitan dasar kerajaan berdasarkan peruntukan Perkara 43(5), Perlembagaan Persekutuan.

Recommended