Nyah dari Malaysia! Rani Kulup terkilan
  • 5 years ago
Presiden Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ahli perniagaan, Koon Yew Yin yang mencadangkan supaya kakitangan awam termasuk anggota tentera dikurangkan.

Abdul Rani juga menuntut Koon memohon maaf dengan segera ekoran kenyataannya yang menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada Rabu.

Bagaimanapun, Koon meminta maaf atas kenyataannya yang antara lain menyifatkan anggota tentera negara ini hanya "makan dan tidur".

Memetik Utusan Online, Koon berkata kecaman yang diterimanya mungkin disebabkan caranya mengeluarkan kenyataan itu yang tidak disenangi sesetengah pihak.

Jelas Koon, sepatutnya beliau berkata pasukan tentera diperlukan ketika perang untuk mempertahankan negara dan ketika keadaan negara aman, mereka sepatutnya melakukan kerja lain untuk meningkatkan ekonomi negara.