Malaysia akan setaraf Columbia jika gejala dadah tidak dibendung

  • 5 years ago
Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador memberi amaran bahawa pengunaan dadah di negara ini kini pada tahap kritikal dan polis sedang memperhebatkan usaha untuk membendungnya.
"Kita menerima fakta bahawa penyalahgunaan dadah di negara berada tahap kritikal.

"Kalau kita tidak mengatasi ini sekarang, ia akan menjadi setaraf dengan Colombia," kata beliau kepada pemberita di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur, hari ini.