Dr M hadiri Majlis Temurapat Pimpinan PKR

  • 5 years ago
Dr Mahathir Mohamad malam tadi menghadiri program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR sesi 2018/2021 di sebuah hotel Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketibaan Perdana Menteri pada jam 8.45 malam disambut Timbalan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Anwar Ibrahim serta barisan pimpinan PKR pusat dan negeri.

Sejurus tiba, Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan harapan (PH) diraikan dengan nyanyian ‘Selamat Hari Jadi’ serta memotong kek sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-94 pada 10 Julai lalu.

Perdana Menteri dan semua pimpinan PKR kemudian terus ke dewan di hotel berkenaan bagi meneruskan program sesi bersama Dr Mahathir selama dua jam.

Majlis Temurapat Pimpinan Pusat PKR berlangsung selama tiga hari.