Ada tiga jenis peminjam PTPTN - Patuh bayar, culas, culas tegar

  • 5 years ago
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dikategorikan kepada tiga kumpulan bagi menentukan kaedah pembayaran dan mekanisme punitif bakal dikenakan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata ia sebahagian daripada rangka strategi baharu yang menyaksikan peminjam diklasifikasikan kepada kategori patuh bayar, culas dan culas tegar.

“Patuh bayar ialah mereka yang konsisten menjelaskan hutang, manakala culas membabitkan individu dengan rekod pembayaran tidak konsisten.

“Culas tegar pula ialah individu yang langsung tidak membayar walaupun melakukan pinjaman (PTPTN) berbelas tahun. Semua inisiatif dan tindakan bakal dilakukan adalah lebih menyeluruh dan adil kepada peminjam sedia ada mahu pun bakal peminjam mengikut formula ini,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.