Sophia bertemu Dr Mahathir

  • 5 years ago
Robot humanoid yang dihasilkan daripada Kecerdasan Buatan (AI), Sophia membuat penampilan pertama di Malaysia hari ini pada majlis pelancaran 'Beyond Paradigm Summit 2019' di Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Shopia berbual-bual dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selama beberapa minit di atas pentas.

Ditanya mengenai pandangannya mengenai Sophia selepas itu, Mahathir yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-94 minggu lalu, berkata robot itu kelihatan seperti bernyawa.

"Ia menakjubkan, kamu lihat macam (Sophia) betul. Mukanya, matanya (dan) bila dia jawab dia bergerak, dia pandang kamu.

Saya takut. Kalau saya jumpa dia pada waktu malam, saya akan lari," katanya berseloroh. Tidak lama selepas perdana menteri menyampaikan ucaptama pada sidang kemuncak itu, Sophia berdiri di pentas sambil menyanyikan lagu Frank Sinatra 'My Way', sebuah lagu yang sering digambarkan sebagai lagu kegemaran Mahathir.