Kalau betul Tun pinda syarat itu, kita sokong - RUU Umur 18
  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan memberi taklimat mengenai pindaan perlembagaan untuk menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun, kata ahli parlimen Kota Bahru Takiyuddin Hassan.

“Kita akan tunggu dan lihat," katanya, ketika mengulas soalan sama ada PAS akan menyokong rang undang-undang itu selepas perdana menteri berkata kerajaan akan turut memasukkan pendaftaran automatik pengundi bagi rakyat berumur 18 tahun.

Takiyuddin berkata pembangkang hanya akan menyokong pindaan perlembagaan untuk menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun jika kerajaan turut meminda dua syarat lain sebelum rang undang-undang (RUU) itu dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua.

“Kalau betul-betul Tun (Dr Mahathir) pinda syarat itu, kita sokong, memenuhi hasrat kita, kita sokong,” katanya.

RUU untuk menurunkan umur mengundi kepada 18 akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada 16 Julai ini.
Recommended