'Kalau mereka pandai berniaga, pergilah niaga di Afghanistan'

  • 5 years ago
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menggesa syarikat-syarikat besar yang mendapat keuntungan hasil keamanan dinikmati negara supaya menyumbang kepada tabung ATM sebagai penghargaan ke atas pengorbanan golongan perajurit.

Kata Mohamad, hanya syarikat-syarikat yang berurus niaga dengan kementerian itu sahaja yang memberi sumbangan pada anjuran majlis makan malam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa berhubung isu kebajikan veteran ATM.