Kadar ujian lesen e-hailing naik? Ini jawab menteri
  • 5 years ago
Pelaksanaan dasar untuk mewajibkan semua pemandu e-hailing menduduki ujian lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) tidak akan menyebabkan harga tambang perkhidmatan itu berubah secara mendadak.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ini kerana harga tambang bagi perkhidmatan e-hailing tidak ditetapkan mengikut harga siling, selain ia berdasarkan kepada permintaan pasaran.

Dalam pada itu, Loke berkata seramai 10,151 atau 62 peratus daripada 16,338 pemandu lulus dan layak memohon lesen PSV setakat 1 April hingga 30 Jun lepas.