Latheefa jumpa Dr M

  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Putrajaya.

Kunjungan itu dapat dilihat melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik di Facebooknya.

Pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun lalu untuk kontrak selama dua tahun.

Pelantikan itu dibuat selepas penyandang jawatan itu Mohd Shukri Abdull memohon untuk memendekkan perkhidmatannya.