60 kontena bahan buangan plastik dari pelbagai negara ditemui di Port Klang
  • 5 years ago
Sebanyak 60 kontena haram yang mengandungi bahan buangan plastik dari negara-negara lain ditemui di Pelabuhan Westport Malaysia, Port Klang.

Perkara itu diberitahu kepada media oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin hari ini.

Kata Yeo, antara negara-negara yang membuang bahan buangan plastik itu adalah China, Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan Bangladesh.

Kesemua kandungan dalam kontena terbabit akan dipulangkan semula ke negara asal masing-masing, kata menteri itu lagi.