Dr M, isteri tiba ziarah Almarhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara
  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Istana Negara pada 3.54 petang untuk menziarah jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.50 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu sidang media di Kuantan, Pahang, berkata jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah akan dikafankan di Istana Negara di Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan pada petang ini.

Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah seterusnya akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak bersebelahan Makam Diraja sebelum dimakamkan selepas Zohor esok.

Kredit video: Bernama