TERKINI : Guru-guru Perlu Bilik Rehat di Sekolah - Maszlee Malik
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Sekolah-sekolah diseluruh negara perlu menyediakan sebuah kawasan khas buat guru-guru menjadikannya sebagai tempat untuk berehat.

Ini kerana, bilik guru yang digunakan pada masa sekarang berfungsi sebagai runag kerja dan bukannya bilik rehat, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan juga telah mengeluarkan satu surat pekeliling pada 19 Disember tahun lalu agar setiap sekolah menyediakan kemudahan tersebut untuk kegunaan guru agar mereka dapat berehat terutama antara selang waktu mengajar atau selepas waktu mengajar.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended