TERKINI : Kerjasama UMNO-Pas Tumpu Kepada Seluruh Negara – Annuar Musa
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Isu penggabungan kerajaan di negeri-negeri UMNO dan Pas belum dibincangkan oleh kedua-dua parti.

Malah menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, buat masa ini terlalu awal untuk bercakap tentang perkara tersebut kerana kerjasama kedua-dua parti masih di peringkat awal.

Sehubungan dengan itu, khabar angin tentang kerajaan gabungan di antara parti itu disifatkan Annuar sebagai spekulasi.

“Ini terlalu awal, kita tidak bincangkannya lagi tentang kerajaan gabungan.

“Jawatankuasa teknikal dari Pas dan UMNO akan berbincang road map tentang kerjasama. Selain daripada itu isu-isu lain adalah spekulasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended