EKSKLUSIF : 'Uncle Azra' Hero 47 Rakyat Malaysia di Kemboja
  • 5 years ago
Azra yang ditemui di kediaman beliau baru-baru ini bercerita tentang suka duka yang telah bukan sahaja dilalui 47 rakyat Malaysia ini sebaliknya apa cabaran ditempuhinya untuk membawa pulang mereka.

Ketika menceritakan pengalaman beliau, untuk seketika kami ‘team’ MalaysiaGazette sedikit ternganga apabila Azra memberitahu kami beliau bukan sahaja terpaksa berulang alik lebih lapan kali dari Malaysia ke Kemboja antara 27 Disember sehingga 17 Februari lepas, malah banyak lagi perkara ‘pelik’ pahit manis telah dilaluinya.

Azra yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan hujung tahun lepas terpaksa meninggalkan isterinya demi dalam misi pencarian anak seorang kawan beliau yang tinggal di sebuah kawasan hulu di Sarawak.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended