TERKINI : Generasi Muda Perlu Guna Media Sosial Untuk Kebaikan - Maher Zain
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Penyanyi Sweden yang berketurunan Lubnan Maher Zain selain kariernya terkini dalam industri dalam masa yang aktif dalam aktiviti misi kemanusiaan di syria dan di seluruh dunia.

Pendekatan yang digunakan Maher Zain adalah dengan menggunakan media sosial sebagai cara terbaik menyebarkan kesedaran dan positiviti terhadap apa juga bentuk kemanusiaan dalam dunia secara umumnya.

“Saya tidak menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita apatah lagi berunsurkan negativiti termasuk misi kemanusiaan, tetapi saya memilih untuk menggunakannya sebagai cara untuk menyebarkan perkara yang positif,” katanya ketika sidang media Jelajah Maher Zain 2019 di sini.

Sebagai anak muda yang sangat mudah mengakses media sosial, Maher Zain menyarankan golongan itu juga turut memanfaatkan kelebihan teknologi untuk kebaikan, menyebarkan pengaruh baik sepertinya.

“Saya rasa generasi muda masa kini lebih berpeluang terhadap sosial media dengan ekses yang sangat mudah, untuk belajar faham tentang aktiviti kemanusiaan z Jadi perlu guna sosial media untuk kebaikan,” tambahnya.

Bercerita tentang kehidupannya sebagai artis yang selesa menjalani rutin sebagai orang biasa, Maher, 37 berkata beliau tidak meletakkan sesuatu objek atau sosok sebagai idola.

Sebaliknya ujarnya lagi, inspirasi kepada kariernya adalah semua perkara yang dijalaninya setiap hari termasuklah apa yang berlaku setiap hari yang dilihatnya dari sudut positif.

“Inspirasi, semua perkara adalah inspirasi saya. Takdir hidup, melihat orang, berkomunikasi dengan orang sebab itu dalam lagu saya ada semua perkara dengan mesej yang tertentu,” ujar beliau. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended