TERKINI : "1MDB Tu Bawang Ke Ubi Kentang, Orang Rantau Tak Kisah" - Mohamad Hasan

  • 5 years ago
PRK RANTAU - Lebih 20,000 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau lebih risau dengan fenomena penurunan harga komoditi berbanding dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau menerima banyak rungutan daripada penduduk sekitar yang dihimpit dengan tekanan ekonomi yang gagal diselesaikan oleh PH.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai pihak PH yang sering kali menggunakan isu 1MDB dengan mengaitkan BN.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended