TERKINI : ISU JAMBATAN SEMENYIH! Kontraktor Bermasalah - MB Selangor

  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Kontraktor yang bertannggungjawab membina semula jambatan di Semenyih pasti mempunyai pebagai isu dan masalah projek tersebut tergendala sejak empat bulan yang lalu.

Justeru menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, prestasi kontraktor dan proses pembinaan jambatan sepatutnya yang menghubungkan Jalan Bangi Lama dan laluan Kuala Lumpur-Seremban akan dinilai.

Beliau dalam masa sama berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat kenyataan berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

“Saya dah rujuk pada JKR, JKR akan keluarkan kenyataan segera bukan sebab PRK (Pilihan Raya Kecil) Semenyih tapi ini melihat apakah proses pembinaan saya pasti projek itu ada pelbagai isu salah satu pastinya kontraktor yang dipilih tidak menjalankan tugas mungkin isu kewangan.

“Biasanya kalau projek dilepaskan masa lepas kontrak diluluskan kita minta ia disambung.

“Saya nak tengok prestasi syarikat atau kontraktor yg dipilih oleh JKR ketika dulu mungkin mereka kurang berkesan atau sebagainya,” katanya kepada pemberita.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended