TERKINI : RM50 JUTA! Peruntukan Untuk Sekolah Tahfiz Berdaftar - Kementerian Kewangan

  • 5 years ago
PUTRAJAYA- Kementerian Kewangan hari ini menyerahkan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof untuk digunakan bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah tahfiz berdaftar di negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penyerahan peruntukan tersebut adalah susulan pengumuman ketika pembentangan Bajet 2019 pada 2 November lalu.

Menurut, kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) komited memberi bantuan kepada semua jenis sekolah secara inklusif supaya kebajikan dan hal ehwal semua pelajar terus terpelihara.

"Kerajaan akan menyalurkan dana kepada sekolah-sekolah tahfiz dengan syarat ia berdaftar dan tidak dimiliki oleh parti politik selaras dengan matlamat kerajaan untuk memisahkan pendidikan daripada pengaruh parti politik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek di kementeriannya di sini hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended