TERKINI : Harapan Calon Yang Saya Undi Lakukan Kerja Dengan Baik
  • 5 years ago
Pilihanraya Kecil N 24 DUN Semenyih bermula awal pagi di Pusat Daerah Mengundi Pejabat JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Semenyih selepas ketibaan 2 peti undi pada 7.05 pagi diiringi polis bermotosikal dan pengundi pertama tiba menanti pintu PDM dibuka selang beberapa minit semasa pihak SPR masih melakukan persiapan akhir untuk kelancaran proses pengundian.


Calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi tiba awal, kira-kira 8.00 pagi untuk menyempurnakan tanggungjawab beliau mengundi di sini bersama isteri dan 3 anak beliau sebelum menyantuni dan beramah mesra bersama pengundi pengundi lain.

Untuk makluman 53,411 orang pengundi yang layak mengundi akan turut menyempurnakan tanggungjawab mengundi hari ini di 116 saluran yang disediakan pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended