TERKINI : PH Segera Bincang Calon PRK DUN Rantau! - Azmin Ali
  • 5 years ago
KAJANG - Pakatan Harapan (PH) akan segera membincang soal calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Azmin Ali berkata biarpun Mahkamah Persekutuan baru sahaja membuat ketetapan bahawa kerusi itu harus dikosongkan, namun PH perlu bertindak segera bagi mengatur strategi bagi merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).

"Mahkamah Persekutuan baru sahaja buat keputusan supaya diadakan PRK Rantau, saya yakin PH akan segera berbincang tentang calon yang akan mewakili PH di Rantau," katanya kepada media selepas ceramah Isu Semasa di Kampung Rinching Hilir, Semenyih.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended