TERKINI: "Uranus, Zuhal dan Janda Baik tidak sepatutnya berada dalam kelas ini" - SCS Janda Baik

  • 5 years ago
LANGKAWI - "Team Hollywood mustahil untuk dikalahkan sebab mereka ada kapal yang terbaharu. Dan dari segi Regatta, Uranus, Zuhal dan Janda Baik tidak sepatutnya berada dalam kelas ini bersama dengan Team Hollywood dan THA72.

"Karektor kapal sangat berlainan tapi peraturan perlumbaan menyatakan bahawa mesti ada lagi kapal untuk cukupkan satu kelas," katanya lagi.

Dua lagi pelumbaan berlangsung hari ini milik Team Hollywood yang jauh meninggalkan pesaingnya, THA72 dan SCS Janda Baik dengan mendapat dua mata.

Dari segi kedudukan mata, pendahulu perlumbaan Team Hollywood dihadapan dengan 7 mata, dan THA72 dengan 14 mata.

Di tempat ketiga milik SCS Janda Baik dengan 25 mata manakala pasukan Angkatan Tentera Laut, Zuhal dengan perbezaan 3 mata di belakang.

Masih tercorot, satu lagi pasukan Angkatan Tentera Laut, Uranus drngan 29 mata. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv