TERKINI : Mereka Bukan Suci atau Malaikat Bila Masuk Pakatan Harapan - Mujahid Yusof
  • 5 years ago
PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof menyifatkan tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO yang diterima masuk dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum suci daripada tindakan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, kesemua mereka bukan terus menjadi ‘malaikat’ dan telah dibersihkan sebaik sahaja menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH)

“Pertama mereka kena yakin dengan apa yang diperjuangkan oleh PH, tidak memiliki motif lain hingga dipersoalkan orang ramai.

“Ini tidak bermakna mereka masuk PH, telah suci dan dibersihkan menjadi malaikat dengan apa yang dibuat dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek sebanyak RM50 juta kepada sekolah tahfiz berdaftar negara ini yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended