TERKINI : Tidak Mudah untuk Menerima Ahli dari UMNO - Muhyiddin Yassin
  • 5 years ago
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum lagi meluluskan mana-mana permohonan daripada pemimpin UMNO termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin berkata, mereka yang melompat ke part itu perlu melalui proses saringan terlebih dahulu sebelum diterima menjadi ahli dalam Bersatu.

"Belum ada lagi. Mereka kena lalui proses saringan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terlibat rasuah, polis jika terlibat dengan jenayah dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di sini hari ini. 

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended