TERKINI : Kamera AES Akan Ditambah - Anthony Loke

  • 5 years ago
Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di semua lebuhraya akan ditambah untuk memastikan pemandu yang melebihi had laju dikenakan tindakan undang-undang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Tindakan ini ujarnya sebagai strategi untuk mengurangkan kemalangan yang berlaku di lebuhraya-lebuhraya yang kebanyakannya berpunca daripada pemanduan melebihi had laju yang dibenarkan.

"Dari segi penguatkuasaan undang-undang kita akan bekerjasama dengan pihak lebuhraya khususnya dengan PLUS untuk memasang lebih banyak kamera-kamera AES untuk menangkis had laju yang melebihi.Kerana ada tempat-tempat yang selalu berlaku kemalangan faktornya adalah lebih had laju, kita nak ikut had laju.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended