TERKINI : HUTANG NEGERI PAHANG! "Mereka Curi, Kami Pula Yang Salah" - Lim Guan Eng
  • 5 years ago
KELANA JAYA - Barisan Nasional (BN) di Pahang disifatkan menegakkan benang yang basah apabila mendakwa hutang kerajaan negeri tersebut hanya berjumlah RM760 juta sehingga 31 Disember tahun lalu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ini kerana berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh kementeriannya yang disahkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara, Pahang mencatat hutang sebanyak RM2.8 bilion sejak tahun 2014, iaitu ketika BN masih merupakan kerajaan persekutuan.

"Yang saya sebut ialah bahawa jumlah hutang Pahang telah menjadi yang paling tinggi sejak 2014, ini bukan berlaku tahun ini atau tahun 2018

"Sebelum ini pun telah melonjak, ini semua berlaku zaman kerajaan lama.

"Adalah wajar, waras pihak kerajaan negeri Pahang akui bahawa mereka memang ada hutang RM3.2 bilion dan bila saya sebut angka-angka sejak 2018,

"Sejak 2014 sudah mencecah RM280 juta jadi RM760 juta saya pun tidak tahu mana datang. Tapi sekarang sudah sampai RM3.2 bilion," katanya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended