TERKINI : Arul Kanda dan Najib Razak Tiba di Mahkamah Seksyen
  • 5 years ago
Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini jam 8.05 pagi.

Beliau yang dibawa dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya memakai sut hitam, dan kemeja putih diiringi beberapa pegawai SPRM.

Arul ditahan oleh SPRM semalam pada jam oleh badan siasatan itu jam 10.30 pagi mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Turut akan diheret sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan dituduh dengan pertuduhan sama.

Arul Kanda akan didakwa oleh Mahkamah Sesyen akibat pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad pada 25 November lalu bahawa sebahagian audit akhir laporan 1MDB dibuang.

Menurutnya, perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu ialah mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan kedua berkenaan status kewangan 1MDB.

Antara lain, arahan pengubahan itu diberikan oleh Tan Sri Shukry Salleh, yang juga ketua setiausaha sulit Najib sewaktu dia menjadi perdana menteri. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended