TERKINI : "Saya Minta Semua Berdoa untuk Muhammad Adib" - Dr Xavier Jayakumar

  • 5 years ago
SUBANG - Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar menyarankan agar semua pihak tidak membuat kenyataan dan kesimpulan awal tentang punca kecederaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang parah semasa insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Sebaliknya Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli semua pihak perlu menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat secara terperinci kejadian yang menimpa Muhammad Adib Mohd Kassim.

"kita jangan buat kesimpulan dengan apa yang dikatakan. Saya rasa berikan kuasa kepada polis untuk siasat selepas itu mereka akan ambil tindakan.

"Buat masa ini saya tidak boleh buat komen sebab saya tidak boleh sahkan adakah kecederaannya disebabkan lain," katanya kepada pemberita ketika hadir ke Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman V K Regu siang tadi yang mendakwa Adib yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil awal pagi semalam disebabkan kemalangan jalan raya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended