TERKINI : Himpunan Aman Melayu Di Kuil ?
  • 5 years ago
Fahaman politik kami ketepikan “kami datang untuk himpun aman demi bangsa Melayu itu sahaja..takbir..Allahuakhbar!!! Kata salah seorang anak muda yang berkumpul di situ, Shahrizat Sahak.

Katanya mereka datang untuk menunjukkan macam mana orang melayu berhimpun bukannya nak provokasi atau apa di depan rumah ibadat sini.

Terdahulu mereka sekitar 50 orang berkumpul di tepi bahu jalan kawasan perumahan bertentangan kuil Hindu itu.

Mereka terus berarak ke arah jalan utama di hadapan tapak kuil bagaimanapun pasukan polis membuat benteng kawalan sebagai menyekat kemaraan mereka dan mengawal kumpulan itu.

Mereka didekati sepasukan polis berpakaian ves polis dan diarahksn bersurai segera.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended