TERKINI: "Jangan ingat pemandu teksi tak mengikut zaman teknologi" - Shamsubahrin Ismail
  • 5 years ago
PUTRAJAYA - Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bercakap kepada media selepas mengadakan perjumpaan bersama wakil Kementerian Pengangkutan berikutan isu Teksi dan Grab di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya.

Shamsubahrin juga menjelaskan bahawa pembatalan perhimpunan hari ini dibuat selepas rundingan dengan polis yang meminta kerjasama pihak penganjur.

“Kita tak datang dengan pemandu (teksi) hari ini kerana semalam pihak berkuasa dah nasihatkan kita jangan bawa pemandu-pemandu.

“Jadi, kita ikut undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan sejumlah 3,000 pemandu teksi di Lembah Klang tidak menolak menganjurkan perhimpunan aman secara besar-besaran meskipun telah berjumpa dengan setiausaha politik menteri pengangkutan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended