TERKINI: Wujudkan dasar "Whistle Blowing" dalam kerajaan - Tun Zaki Tun Azmi
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mewujudkan dasar Whistleblowing Polisi (Polisi Pendedahan Maklumat) kepada penjawat awam agar segala salah laku di setiap organisasi dalam jabatan kerajaan boleh diambil tindakan.

Langkah itu harus dilakukan sebagai langkah untuk menjaga imej dan integriti jabatan kerajaan selain membendung penyalahgunaan kuasa oleh individu tertentu, kata bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Tun Azmi.

Menurut beliau, perkara itu telah dibuat oleh organisasi swasta serta syarikat-syarikat dan ia wajar untuk dilaksanakan di dalam organisasi kerajaan.

"Kalau syarikat-syarikat ada buat, pasal apa kerajaan tak buat.

"Whistle blowing adalah perkara yang perlu dilaporkan kepada individu yang betul. Kita ada emel dan nombor telefon untuk Whistle Blower hubungi, dan orang yang menerima aduan tidak boleh dedahkan pemberi maklumat itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Seminar Pengasingan Kuasa:Dimana Garisab Neutraliti Penjawat Awam di Institut Tadbiran Negara di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended