TERKINI : PH Menang "Ini Bukan Penamat Tetapi Permulaan Untuk Saya" - Wong Siew Ki
  • 5 years ago
Pakatan Harapan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, apabila calonnya, Wong Siew Ki berjaya mengalahkan pencabarnya, Tan Chee Teong dari MCA dengan majoriti 18, 533 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, Datuk Rosli Othman kira-kira jam 8.50 malam ini di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Demesne, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi di sini, malam ini.

Siew Ki mendapat sebanyak 22, 508 undi manakala Tan Chee Teong dari MCA hanya memperoleh sebanyak 3, 975 undi.

Kemenangan Siew Ki tidak menjadi kebanggaan bagi PH berikutan jumlah undi diperolehinya merosot sebanyak 13,030 undi berbanding yang diperoleh penyandangnya, mendiang Eddie Ng pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu sebanyak 35,538 undi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended