TERKINI: Pendidikan seks seawal 4 tahun satu keperluan, jangan dipandang serong - Hannah Yeoh
  • 5 years ago
DAMANASARA - Pendidikan seks pada anak-anak seawal umur 4 tahun tidak lagi boleh dipandang serong dan ganjil, kata Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh.

Ujar Hannah berdasarkan peningkatan kes pembuangan bayi, remaja mengandung luar nikah yang semakin meningkat setiap tahun membuktikan pendidikan seks pada usia belasan tahun tidak lagi sesuai dan disifatkannya terlalu lewat.

“Masa dulu konservetif kita selalu melihat pendidikan seks adalah apabila mereka sudah cecah usia 17 -18 tahun sudah terlalu lambat.

“Pendidikan seks tidak lagi dianggap taboo bukan lagi subjek yang kita rasa ganjil dan tidak mahu berbicara tentang masalah ini tapi kita kena ajar kerana ini adalah pendidikan asas,”katanya kepada pemberita.

Beliau terdahulu diminta mengulas tentang beberapa kes pembuangan bayi dan pembuangan janin yang berlaku baru-baru ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended