TERKINI : Saya Yakin Capai Target - Calon PKR, Zawawi Mughni

  • 5 years ago
Sebagai anak jati kawasan itu, Zawawi, 48 tahun gembira apabila sekolah berkenaan menjadi tumpuan media yang membuat liputan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Sungai Kandis.

“Pagi ini alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, tempat saya bersekolah dulu dan sejarah tercipta hari ini ramai orang datang untuk menemubual calon di sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi.

Beliau yang hadir bersama-sama isterinya Hazlina Abdul Razak berharap pengundi di DUN ini keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended