TERKINI : "WAR On Cancer" - Dr Wan Azizah
  • 5 years ago
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap langkah-langkah dan strategi untuk memerangi penyakit kanser menerusi Pelan Tindakan Kanser 2016-2020.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merangkumi aktiviti yang telah dirancang di dalam pelan tersebut.

Menurut beliau, pencegahan kanser dari segi pemberian pelalian, amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal kanser merupakan aspek yang akan terus diberi fokus utama.

"Sehingga Jun 2018, sebanyak 325,830 orang wanita telah menerima vaksinasi Human Papillomavirus (HPV) secara percuma melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui program khas yang dijalankan sejak tahun 2012.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended