TERKINI : Spekulasi CEO FGV Letak Jawatan Tidak Benar?

  • 5 years ago
PELABUHAN KLANG - Datuk Zakaria Arshad menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd sambil menyifatkan ia hanya spekulasi liar.

Zakaria bagaimanapun menjelaskan, beliau hanya diminta mengosongkan kerusi ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan FGV yang dipinda baru-baru ini.

"Oleh kerana dalam mesyuarat agung telah tetapkan supaya CEO tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah, jadi pihak Kementerian Kewangan (MOF) menulis surat kepada FGV mengatakan bahawa CEO tidak lagi dicalonkan oleh MOF.

"Pihak FGV mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia mengatakan saya tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah FGV. Itu cerita sebenarnya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended