SST: Guan Eng beri amaran kepada peniaga
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan harga barangan akan naik berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September ini.

Sebaliknya, menurut beliau, kenaikan harga barangan berkemungkinan besar berlaku berikutan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat sengaja mengambil kesempatan.

“Mana ada naik harga? Mereka yang cuba meraih keuntungan dengan cara yang tidak baik dan sikap anti nasional itu akan dikenakan tindakan sewajarnya kelak.

“Saya telah meminta penguatkuasaan yang tegas seperti KPDNKK untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil keuntungan dengan cara tidak sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengahari Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Bersekutu di Mandarin Oriental di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended