TERKINI: SST, Lebih duit dalam kocek rakyat - Saifuddin Nasution
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution berkata pelaksanaan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) akan memastikan lebih duit untuk rakyat.

Ujar beliau, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya mengutip cukai separuh daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Perbezaan RM21 bilion ini jika (dibandingkan) pelaksanaan GST, kita cuma anggaran kutipan (SST) RM21 bilion sahaja.

"Jika RM21 bilion itu tidak dikutip sebagai pendapatan kerajaan kerana melaksanakan SST maka RM21 bilion itu ada dalam kocek rakyat," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Pasaraya Lulu sempena program promosi 'Arabian Fest' hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended