TERKINI : Tukar Nama Muzium, NGO Desak Polis Siasat Pegawai Kerajaan
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) didesak menyiasat tindakan seorang pegawai tertinggi agensi kerajaan didakwa menyalahgunakan kuasa menukar nama Muzium Kastam DiRaja Malaysia kepada nama seorang individu.

Presiden Pertubuhan Pembangunan Komuniti Malaysia, Nor Aizam Abdul Kadir berkata, ia adalah cubaan melobi bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa untuk menyambung kontrak perkhidmatannya yang berakhir pada September ini.

"Kita beranggapan ini salah satu kemungkinan wujudnya unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah apabila nama muzium itu ditukar kepada nama KSN.

"Kita melihat beliau dah nak bersara wajib pada September ini, mungkin ketika itu Tan Sri Ali Hamsa masih lagi berkhidmat, dia cuba membodek atau mengangkat nama beliau untuk disambung kontraknya.

"Kita serah kepada pihak dalaman dan pihak berkuasa untuk membuat siasatan," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended