TERKINI: "Saya masih lagi UMNO" - Khairy Jamaluddin
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Hari pertama persidangan Dewan Rakyat Parlimen Ke-14 sempena majlis mengangkat sumpah ahli-ahli Parlimen dan Speaker Dewan Rakyat hari ini kecoh.

Ia berikutan soal pelantikan dan angkat sumpah Datuk Mohamad Ariff Mohamad Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddi Hassan (Pas) bangkit meluahkan bantahan mengenai soal pelantikan Mohamad Arif sebelum diikuti wakil rakyat Pas dan UMNO yang lain.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar (BN) antara wakil rakyat yang turut bersorak dan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) penipu.

Mereka kemudian keluar dewan beramai-ramai sebagai tanda protes terhadap pelantikan Speaker Dewan Rakyat.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended