TERKINI : "Selagi hayat dikandung badan" - Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M

  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata wang diperolehi beliau hari ini akan digunakan untuk mencari redha Allah.

Ujar Presiden Kolej Dar al-Hikmah itu berkata anugerah Tokoh Ma'al Hijrah yang diraih beliau akan dijadikan pembakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam.

"Selagi hayat dikandung badan, saya akan berbuat apa yang boleh, tidak hanya menegakkan syiar, tetapi juga ajaran Islam bersama prinsip dan nilai dasarnya," katanya kepada media selepas diangkat pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.

Nama Dr Siddiq diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan, selain RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com