TERKINI : "Cukai Yang Rakyat Kenal SST Sebelum GST" - Saifuddin Nasution
  • 5 years ago
Tindakan tegas akan menyusul terhadap pengusaha dan peniaga sekiranya pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) disusuli dengan peningkatan harga akhir barang keperluan pengguna mulai September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri da Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution berkata, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab penguatkuasa kementerian untuk bertegas dalam melindungi kebajikan dan hak pengguna.

"Cukai SST bukan satu yang baru di negara kita kerana itulah yang kita kenal sebelum GST diperkenalkan lagi pada 2015.

"Tempoh pelaksanaan dahulu kita tahu kekuatan dan kekurangan cukai yang dijalankan kerajaan yang mana SST adalah cukai satu lapis kepada sumber pengeluar dan rangkaian berikutnya tak dikenakan cukai berbanding berbanding GST yang merupakan cukai berlapis, sebab itu pendapatan kerajaan meningkat.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended